Tuesday, January 13, 2009

betul gak ek!!



1. Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya,
BENARKAH ini?nafas ku tertahan,
kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya,
"kau..kentutkan?"

2. "... bila hidupmu dlm kegelapan,
"maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa,
jika kegelapan masih mengelilingimu maka
bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

3. "Cinta..ibarat kentut...
"makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhh.. lega rasanya... ... .
4. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... .
"Jawapannya kerana :
kalau kawin satu isONEkalau kawin dua
isTWOkalau kawin tiga barulah isTERI... ..

5. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

sumbangan : fyeda
gambar ihsan : fyeda

Saturday, January 10, 2009

Kita Insan Biasa


andainya dapat ku ulang semula
suatu zaman yang bernama remaja
akan terpelihara segala milikku
hanya buatmu....

lautan mana yang tidak bergelombang
bumi yang mana tidak ditimpa hujan
aku sepertimu ada waktu diburu
oleh dosa-dosa masa nan lalu...

diriku...mawar pudar warna
tiada lagi yang istimewa
dapat di persembahkan
menjadi satu lambang sucinya percintaan...

usah lagi kita persoalankan
keterlanjuran di masa nan silam
ku sedia terima dirimu seadanya
kita insan biasa...

lagu nyanyian: Dayang Ku Intan & Jay Jay
gambar ihsan : mr.Juieka

Tiada Noktah Cinta


"Cinta itu bukan jalinan dua hati
tetapi paduan dua jiwa"


Sinopsis:
entah silap siapa,persahabatan yang indah terjalin bertukar menjadi igauan ngeri.Kerana percaya atas dasar sahabat,dirinya dianggap sebagai pencemar maruah! Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya.
hampa dan keliru menjadikan Fitrah seperi dikejar oleh bayang-bayangsendiri.Bagi dirinya,dikiri kanan penuh onak yang tak sanggup untuk diredah.Dia rela berdiri di situ selagi boleh bernafas.Biarlah semuanya berlalu mengikut putaran waktu.dan....dia sanggup menjadi penunggu yang hanya mengenang kisah lalu.
sesekali,Fitrah ingin membebaskan diri drpada rantaian kenangan itu.Membuangnya jauh-jauh supaya hidup lebih tenang dan damai.Tetapi, bagaimana hendak disingkirkan kalau kenangan itu sering menerjah?Kadangkala dia rimas dengan belenggu itu.Terutama bila jiwanya sepi kerinduan dan hatinya kontang dengan kasih sayang.
kehadiran Daniel seperti tepat pada masanya.Tetapi,Fitrah seakan bermain dengan masa.Baginya cinta yang baru berputik ini mesti dinoktahkan!Namun,gembirakah Fitrah dengan keputusan itu?Atau,luka lamanya akan berdarah kembali?

penulis:-Emma Maizura-
sumbangan buku: fyeda