Tuesday, January 13, 2009

betul gak ek!!



1. Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya,
BENARKAH ini?nafas ku tertahan,
kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya,
"kau..kentutkan?"

2. "... bila hidupmu dlm kegelapan,
"maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa,
jika kegelapan masih mengelilingimu maka
bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

3. "Cinta..ibarat kentut...
"makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhh.. lega rasanya... ... .
4. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... .
"Jawapannya kerana :
kalau kawin satu isONEkalau kawin dua
isTWOkalau kawin tiga barulah isTERI... ..

5. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

sumbangan : fyeda
gambar ihsan : fyeda

Saturday, January 10, 2009

Kita Insan Biasa


andainya dapat ku ulang semula
suatu zaman yang bernama remaja
akan terpelihara segala milikku
hanya buatmu....

lautan mana yang tidak bergelombang
bumi yang mana tidak ditimpa hujan
aku sepertimu ada waktu diburu
oleh dosa-dosa masa nan lalu...

diriku...mawar pudar warna
tiada lagi yang istimewa
dapat di persembahkan
menjadi satu lambang sucinya percintaan...

usah lagi kita persoalankan
keterlanjuran di masa nan silam
ku sedia terima dirimu seadanya
kita insan biasa...

lagu nyanyian: Dayang Ku Intan & Jay Jay
gambar ihsan : mr.Juieka

Tiada Noktah Cinta


"Cinta itu bukan jalinan dua hati
tetapi paduan dua jiwa"


Sinopsis:
entah silap siapa,persahabatan yang indah terjalin bertukar menjadi igauan ngeri.Kerana percaya atas dasar sahabat,dirinya dianggap sebagai pencemar maruah! Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya.
hampa dan keliru menjadikan Fitrah seperi dikejar oleh bayang-bayangsendiri.Bagi dirinya,dikiri kanan penuh onak yang tak sanggup untuk diredah.Dia rela berdiri di situ selagi boleh bernafas.Biarlah semuanya berlalu mengikut putaran waktu.dan....dia sanggup menjadi penunggu yang hanya mengenang kisah lalu.
sesekali,Fitrah ingin membebaskan diri drpada rantaian kenangan itu.Membuangnya jauh-jauh supaya hidup lebih tenang dan damai.Tetapi, bagaimana hendak disingkirkan kalau kenangan itu sering menerjah?Kadangkala dia rimas dengan belenggu itu.Terutama bila jiwanya sepi kerinduan dan hatinya kontang dengan kasih sayang.
kehadiran Daniel seperti tepat pada masanya.Tetapi,Fitrah seakan bermain dengan masa.Baginya cinta yang baru berputik ini mesti dinoktahkan!Namun,gembirakah Fitrah dengan keputusan itu?Atau,luka lamanya akan berdarah kembali?

penulis:-Emma Maizura-
sumbangan buku: fyeda

Tuesday, December 30, 2008

Ayat-ayat cinta




"Maria mengadap Tuhan dengan tersenyum di bibirnya.Wajahnya bersih di selimuti cahaya.Kata-kata yang tadi diucapkannya dengan bibir bergetar itu kembali terngiang-ngiang ditelinga.aku masih mencium bau syurga.Wanginya meresap ke dalam sukma.aku ingin masuk ke dalamnya.Disana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya dan menunggumu untuk bercinta.memadu kasih dalam cahaya kesucian dan keredhaan Tuhan selama-lamanya."

Pemenang Anugerah Penghargaan "The Most Favorite Book 2005".
Habiburrahman El Shirazy. Novelis, Sarjana Al Azhar Universiti Cairo.

Sunday, December 28, 2008

Desaku Sepi



hari ini desaku sepi
tiada lagi tenaga waja
orang tua keletihan
setelah mengejar anak-anak
yang hilang entah kemana.

hari ini desaku sepi
tiada lagi seruling senja
orang tua kehilangan suara
bertahun-tahun memanggil anaknya
mencari bahagia di tengah kota.

hari ini desaku sepi
tiada lagi tenaga waja
kehilangan anak muda
memaksa kaki-kaki tua
berderau sesama sendiri
melangsungkan tradisi petani.

hari ini desaku sepi
tiada lagi anak muda
yang rela menerima pesaka
cuma tenaga tua mengejar jentera
dibantu angin kering dari utara
melawan inflasi tak reda-reda.

Friday, December 26, 2008

Cinta Tiada Akhirnya.



SINOPSIS
Rentetan perkahwinan rahsia antara izzah dan hafiz di 'Ombak Rindu' di panjangkan lagi di dalam 'Cinta Tiada Akhirnya'.

Kehidupan menjanjikan segalanya pahit,manis,suka dan duka.Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan.Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah,terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.
Inilah kisah...Cinta...Tiada Akhirnya,menyelami izzah yang setia,hampir sempurna,menyajikan cinta pada suaminya,hafiz yang masih mencari diri dan cinta sejati.
Disulami detik cemas yang pasti mencorak minda,mendebarkan jiwa.Cinta Tiada Akhirnya akan menyerapi kehidupan setiap pembacanya.

Semusim yang bermula


Terdampar di rantau asing
Kosong dasarnya...
desiran ombak pulau mutiara
menggamit suatu rahsia yg cuba ku bongkar..
aku perantau sepi...meninjau ranjau manusia yg variasi
Andainya semut bertemu gula
Andainya barat bertemu timur
Andainya uda bertemu dara
Andainya merpati dua sejoli
Andainya hatiku ada yg punya
Kecanakkan mentari perit dipipi
pulasan bibirku mengetap sendu
namun kehujanan itu seolah memanah
suatu igauan resah yg tak bernoktah
basahnya jasadku bermandikan episod baru
episod cintaku berbunga rindu
rindu yg menyulam kalbu terbuku..kerna terbiar dek rasa sangsi
adakah cintaku kini mula bersemi
Semusim itu ku bahagia
Semusim itu ku ceria
Semusim itu ku lahir semula
Semusim itu terisi madah irama
Semusim itu ku berlagu gurau
Semusim itu ku terpukau
Kukan kembali menyambut lambaian pulau mutiara
Kilauan mutiara itu menyilau sukma
sukma gelora bak ratnasari berdansa
mengikut rentak kembara arjuna